My Zimbio
Top Stories

Tuesday, 29 May 2012

Isu-isu US Dollar


Sejak lama kita telah menggunakan US Dollar dalam urusniaga antarabangsa. Seperti kata-kata Tun Dr Mahathir, sekiranya US Dollar tidak digunakan dalam urusniaga antarabangsa, ia langsung tidak berguna. Negara-negara yang mempunyai simpanan US Dollar yang banyak seperti Malaysia, China, Saudi Arab dan Singapura, tidak mahu simpanan US Dollar mereka menjadi tidak bernilai. Ini bermakna, urusniaga antarabangsa adalah penting dalam mengekalkan nilai sesuatu matawang.
Matawang US Dollar yang sebenarnya dibelakangkan oleh emas sebelum ini telah dicabutkan daripada Standard Emas-nya. Jadi, matawang US Dollar sekarang telah menjadi duit monopoly seperti yang dikatakan oleh Robert Kiyosaki.
Tun Dr. mengusulkan supaya kita mempunyai sejenis matawang yang hanya khusus digunakan untuk urusniaga antarabangsa. Duit ini dinamakan dinar. Dinar, atau dinar emas Islam, adalah matawang yang digunakan oleh Islam pada awal zamannya. Ia adalah duit syilling emas, dipanggil Dinar, dan duit syilling perak, dipanggil Dirham. Seperti yang dijelaskan oleh Wikipedia.
Matawang dinar yang diusulkan untuk digunakan dalam urusniaga antarabangsa tidak perlu dalam bentuk syilling dinar emas, tetapi dalam bentuk matawang kertas yang bernilai sama dengan emas. Sekiranya adanya matawang ini, yang digunakan dalam urusniaga antarabangsa, kita akan mempunyai dua jenis matawang yang berlainan, iaitu, Ringgit Malaysia yang digunakan untuk urusniaga dalam negeri, dan matawang dinar yang digunakan untuk urusniaga antarabangsa.
Suatu kekelabuan akan terjadi kerana, Ringgit Malaysia perlu dibarterkan dengan matawang dinar untuk kegunaan urusniaga antarabangsa. Matawang yang sepatutnya untuk menghapuskan system barter yang tidak cekap, tidakkah akan menjadi alat barter nanti?
Tun Dr. juga mengusulkan supaya urusniaga antarabangsa dijalankan dalam Ringgit Malaysia yang mana beliau berasa tidak logik. Tetapi, sekiranya matawang Ringgit Malaysia dinaiktarafkan menjadi setaraf matawang dinar, perkara ini tidak sedikit pun menjadi masalah.